Sinopsis Cik Misi 123

Mengisahkan Oya yang memberontak kerana dirinya dipaksa untuk memasuki kolej kejururawatan tanpa kerelaan hatinya. Pertembungan Oya dengan Mika sering menimbulkan pergaduhan antara mereka berdua.

Semasa mereka bekerja di hospital, konflik besar mula berlaku apabila bekas tunang Oya iaitu Dr Aish muncul. Hal ini menyebabkan Dr Erin, teman wanita Dr Aish cemburu dan berlaku pergaduhan antara mereka sehingga menyebabkan Dr Aish hilang fokus dalam menjalankan tugasan hospital.